CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, Ogos 17, 2011

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran Buat Semua Umat Muslimin & Muslimat..1432 Hijriyyah(^ ^,)

...yep! Assalamualaikum...Salam Ramadhan Kareem buat u all umat Muhammad S.A.W ,Muslimin Muslimat seluruh dunia....(^  ^,)


Alhamdulillah bersyukur pd Allah atas ksempatan kita dapat sama2 menyambut Hari Nuzul Al-Quran didalam bula Ramadhan yang penuh mulia ini...


Alhamdulillah group dalam tadarus kami dapat menyelesaikan pembacaan Al-Quran secara bertadarus & begitu juga dengan group2 lain sehingga 30Juzuk kesemuanya...dapat merasa la bubur lambuk la time berbuka pas ni?? hehehehe...(^ ^,)






NUZUL QURAN DAN LAILATUL QADAR...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).




p/s : bacalah Al-Quran ketika anda lapang...,baca dengan tertib juga tajwid yang betul....moga kita mendapat syafaat Nur Al-Quran buat kita nanti....Ameen..,Insya'Allah:)

Salam Nuzul Al-Quran ..,1432 Hijriyyah buat semua Umat Muslimin Muslimat Sedunia( ^  ^,)



Ahad, Ogos 14, 2011

after you try..,you must believe!!! (^ ^,)

...Salam Ramadhan Kareem buat semua yep! hehe...hah jangan memandai2 cuba nak masak megi time dalam berpuasa nie eh?? tahulaa megi tu boleh menyegerakan hidangan dalam masa 2 minit saje! hahaha..so tahankanlah nafsu sampai berbuka nanti yep! hehehe...

   okey..,anda semua prcaya ka dengan "kuasa magik"..?? hohoho saya bukannya nak mengajarkan kepada anda tentang benda2 karut tu..,Nauzubillah! hmm.. tapi kali ini nak membawa anda untuk berimaginasi bayangan yang nyata,maksudnya realiti lah kn.....

      Mari kita tenung titik yang berada ditengah2 huruf selama 10saat...,kemudian alihkan pandangan anda keatas ...tunggu dalam beberapa saat,kemudian beritahu sye apakah yang anda sedang/telah lihat..??



emmmmmmmmmmm dah cuba..?? hebatkan kekuasaan Allah?? Subhanallah....!! (^ ^,)

p/s: janganlah kita percaya kepada benda2 yang thyul sperti "magik" atau silap mata kerana itu semua adalah tipu daya permainan syaitan.. so kita sebagai umat Islam WAJIB berpegang teguhlah pada kalimah "Lai'lahaillallahumuhammadurrasululah..."  ..,"Tiada Tuhan Melainkan Allah.,& Nabi Muhammad itu Adalah Pesuruh Allah......"


Sekian untuk update sye pada hari ini..,sok lain cerita pulak ye..?? hehe.. Assalamua'laikum...( ^ ^,) 






Sabtu, Ogos 13, 2011

..luahan hati dari seorang lelaki Muslim....MENGAPA wahai kaum WANITA.......

    Assalamualaikum & salam Ramadhan kareem buat semua pembaca...... apa ye agaknya "kes" yang sye ingin kongsikan diruangan blog sye tuk mlm ni..? hmmmm sebenarnya dah lama dah nak luahkan..,tapi mungkin malam ini adalah kesempatannya.....,Alhamdulillah.. (^ ^,)

        Lihatlah apa yg berlaku disekeliling kita sbnarnya..,lebih2 lagi kes ni merujuk kpd prempuan.... sye nak minta maaf sangat2 kpd semua kaum hawa bagi pihak diri sye dari hujung rambut sampailah hjung kaki..,mohon minta pemikiran yang positif agar sama-sama kita menyaksikan apa yang kurang.,apa yang silapnya diri kita sehingga menyedari MENGAPA wanita yang menjadi "mangsa" dalam luahan hati sye ini...
 (-_-)



M E N G A P A......
->> mengapa sesetengah wanita sekarang ramai sangat mudah sangat mempamirkan aurat mereka kpd yg lelaki yg bukan muhrimnya...?? mengapa mesti lucutkan tudung...................... mengapa mesti perlu menayangkan urat rambut kepada lelaki yg bukan muhrimnya......dimana-mana sahaja macam buat tak kisah saja....,sedangkan mereka itu sebenarnya sedang dicatit dosa besarnya.... sebagai seorang lelaki muslim..,sye sedih..... (-_-)

M E N G A P A........
->>mengapa sesetengah wanita sekarang ramai sangat bercampur2 dengan laki2 yang bukan muhrimnya hingga rela disentuh tubuh badannya oleh ramai laki2.. walaupun pada bulan Ramadhan skali pun masih lagi bergurau senda antara laki perempuan hingga bersentuh2..,pimpin tangan..,peluk-peluk dikhalayak ramai yg sedang berpuasa..,lagi2 yang jelas terang nyata lagi bersuluh kita boleh nampak terutamanya di bazar2 Ramadhan... semuanya itu boleh menimbulkan nafsu syahwat bagi lelaki yg melihatnya.... Astaghfirullaha'a'zim..... tolonglah hormati & jangan mencemarkan kemuliaan dibulan Ramadhan ini... tolonglah kaum hawa.....,sebagai seorang lelaki Muslim..., sye amat sedih...... (-_-)


M E N G A P A........
->>mengapa sesetengah wanita tak mahu mendengar nasihat tentang hal yang sepatutnya wanita ikuti... seperti disuruh menutup aurat.., TAK NAK. nak juga pakai yang ketat2. tak pakai tudung bila keluar dikhalayak ramai..

->>bila disuruh jangan pergauli bebas antara laki & prempuan..? TAK NAK. nak juga pergi keluar puaskan nafsu..,relakan si lelaki menciumi prempuan..berzina..bila dah mengandung anak luar nikah?? nak settlekan masalah,,gugurkan janin,,bayi yang tak berdosa. akhirnya buang bayi kat mana2 sesuka hati diorang nak buang. kenapa ramai sangat yang jadi macamni..... sye rse sedih sangat2... trasa memang dunia ni dah nak kiamat.....hmmmm (-_-)



lihatlah azab yag sedia menanti bagi wanita2 yang tak mahu megikut seperti apa yang telah diajarkan oleh Islam:


Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia:


>>Perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.

>>Perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.


>>Perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

>>Perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

>>Perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

>>Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubunubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

>>Perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak
zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).


>>Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai;
maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

>>Perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada
duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.


....itu belum lagi bagi wanita yang malas nak tunaikan solat fardhu apatah lagi yg sunat..? lain-lain kebaikan..??lebih banyak kemungkaran daripada kebaikan...Nau'zubillah..... sye sedar & mengakui bahawa tiada yg lebih Sempurna selain Allah,,Dia lah Tuhan yang Maha Menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian... segala yang buruk datangnya daripada sye..,juga kpd diri sy sendiri & mohon kpd pembaca,agar sama2 kita bermuhasabah diri sendiri...,kita cuba menjadikan diri kita melakukan kearah kebaikan..,moga mudah-mudahan kita akan beroleh anak yg soleh & solehah,dan juga mendapat kejayaan diDunia & diAkhirat Sana nanti............Ameen Ya Rabbal'alamin.... (^ ^,)



     Tiada yang lebih sempurna melainkan Dia..., Assalamualaikum semua...., selamat mlm Malaysia..(-_-)

Selasa, Ogos 09, 2011

AL-KISAH :   BILIK  TIDUR  KU . . . , , SYURGA KU . . . . (^ ^,)

Yaaaa Assalamua'laikum & Selamat malam wat sume ye....... s0 macamane ngan puasa & teraweh anda sume..?? jgn sampai t'mis tau!!! bdosa besar bg ssiapa yg mninggalkan fardu puasa tanpa ada sbarang sbab yg disyarakkan k....

     Okey malam ni sebenarnya saja nak tunjukkan kat kowang tentang bilik tidur yg slalu mnjadi tempat singgahsana & juga tempat beradu ku...hehehehehehehe..bukannya ape..,mungkin bilik@dorm sesetengah asrama di tempat pengajian anda juga berbeza atau sama keadaannya sama seperti sy jugak..?? let's check it oUt!!!!!!! ngeh3x..........................(-  ^,)

hehehe jgn terkejut r lau katil2 nie sye ubah posisi mcmnie....saje2 tukar angin...xtawla buruk ke tak hahaha..


...redup & sejuk jek lau langsir ditutup....dekorasi & suasana yg agak seram k0wt..?? hehehehehehehehe..=P

hmmm...tempat sye & r0omate menyettlekan segala assigment..,gamerZ ke,,dngaq lagu ke..,tenGoK movie ke.,& mcm2 lagi lah.. pendek kata tengok gaya dh mcm satu set kelengkapan multimedia...wahhhh!!!! he3=P


..NO COMMENT.....ahahahahahahahhahahahaha.... XD

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

...ahhhaaaaaa...,,yg dibawah ni pulak bukannya bilik tido sye,,tapi bilik tido rakan karib sye yg sedang menuntut di CIAST , Shah Alam... mungkin satu hari nanti InsyaAllah mana tahu ada rezeki sye nak sambung V.T.O di CIAST nanti???? bayangkanlah 1 bilik 1 orang je,,memang best la ido sesowg takdak sape yg kacauuuuuuu ahahahhahahha!!! XD

single bed......,& meja yang panjang tempat untuk duk fikir2 cari ilham .,santai la tuk study ses0rang kan...
like la sesangat!! (^ ^,)

..Ruangan untuk menatap wajah(bersolek2 ke ape ke), papan kenyataan untuk wat reminder ke, ..ape2 aje..

..tengok tu..?? dah rase mcm dalam bilik ala mewah dah..?? hmm layankan jer laa......ngeh3x....

    hmmmm okey rasenye itu sahajalah yg sye nak share kt kowang tentang rahsia "BILIK KU.., SYURGA KU" nie.....ape2 pun..,jagalah kebersihan diri,pakaian & tempat yg kita diami tu supaya selalu sentiasa kelihatan bersih,selamat & ................................................ hehehe..

   everyone....,,,, Assalamualaikum...., SELAMAT MALAM MALAYSIA(^ ^,)

Ahad, Ogos 07, 2011

FADHILAT BULAN RAMADHAN ; IBADAH PUASA & TERAWIH
(^ ^,)


....Assalamualaikum w.b.t........! Marhaban Ya Ramadhan Kareem........... Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas kedatangan bulan Ramadhan yg amat2 dinantikan dengan penuh keberkatan,,,bulan Ramadhan.,bulan Umat Muhammad S.A.W......:)


   ..Memang terasa sayunya la kan untuk hari prtama hingga 24hb Ogos bulan Ramadhan ini,sye tak dapat berbuka puasa bersama2 kluarga yg trsayang....,hanya dapat berbuka puasa bersama2 rakan2 dikampus..,tapi hati dan perasaan tu teringat2 kenangan yg mnis dikampung....tapi nak wat macamana,.sabar sajalah sementara dapat balik kekampung pd hari rya Aidilfitri tak lama lagi......:((


..Tapi tak mengapalah kan.....yg penting dalam bulan Ramadhan yg penuh Rahmat & keberkatan ini,,sama2 kita hayati & renung2knlah apa ganjaran yg akan diberi oleh Allah S.W.T kpd Hamba2nya yg taat mengerjakan kelima2 RukunNya..,& salah satunya..,BERPUASA DIBULAN RAMADHAN.,RUKUN ISLAM YG KE-TIGA(^ ^,)






A. Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


B. Ibadah Puasa

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."



PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


C. Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.









..Semoga dengan apa yg kita fahami & apa yg kita amalkan..,moga mudah-mudahan segala kbaikan yg kita lakukan sepanjang hidup kita terutamanya dibulan Ramdhan ini mendapat Rahmat,Keampunan & Keberkatan dariNya..,InsyaAllah kita akan ditempatkan dikalangan org2 yg Beriman,.& beramal Soleh...... Ameen.., Ya Rabbal'alamin.....................


   Assalamua'laikum..,& Selamat Malam Malaysia....... (^ ^,)

Rabu, Mei 11, 2011

Carta-carta Nasyid KontempOrari terbaik jatuh kepadaaa: DE HEARTY(^ ^,)

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum teman2 sekalian.. Hyep! wat gap0 anda-anda sekalian haa..?? bz ngan ass..?? main gamerz..?? mkn..?? mnum..?? he3...bnyak songeh lak aku yek huhuhu...


hmm untuk latest update for today ialah mengenai lagu yang slalu aku mainkn time ak bosan ke,,nga brehat ke,,nga drive ke,,lagu2 ni yang slalu mnjadi peneman aku...tp ak tahu rmai yg dh lali ngan lagu nie...s0 enggak pape k0k lau ak nk rewind balik lagu2 nasyid berelemen kontemporari..,dimana nak dibandingkan ngan lagu2 berentak ala "memekik" kan,,,alangkah redupnya lau kite layan lagu2 yang bernada lembut sesuai tuk halwa telinga kite...........
(^ ^,)


Akan ku presenting kat anda semua bahawa carta-carta nasyid kontemporari terbaik jatuh kepada............
.... kumpulan De hearty~................. sama-sama kite layan k.........hayatilah~   :::

Dehearty - Wanita Istimewa~ (^ ^,) with lyric.



Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan





                                                       Dehearty - Bidadari Hidupku~  (with lirycs(^ ^,)



Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik rindu di hati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan

Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
Moga kekal menyinar dalam keredhaan

Kau umpama
Mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku
Bersama kasih sayangmu

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
Menyegari ruangan hati kesyahduan

Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
Doaku agar Tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan rahmat-Nya

Isteriku,kaulah bidadariku
Hadirlah bersamaku di setiap waktu
Ku janjikan setiaku hanya untukmu
Dan kasihku hanya padamu
Oh isteriku........




De Hearty - diKau Hadir~ (^ ^,)


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba



Dehearty - Pasrah Segalanya~ (^ ^,) 


Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Dehearty - Kasih Sayang~ (^ ^,)


Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Umpama air yang mengalir
Sentiasa seiringan satu haluan
Itulah hakikatnya kasih sayang
Yang mekar subur di hati kita
Kasih sayang bak bunga di taman
Harus dijaga dan dibajai
Pastikan ia subur sentiasa
Agar harum harumannya dapat dirasai
KAsihlah kita sesama manusia
Seperti kasih baginda pada kita
Abadikanlah di dxalam jiwa
Kerana itulah kewajipan kita
Hapuskanlah segala persengketaan
Eratkan kembali persaudaraan
Jalinkan kemesraan antara kita
Syurga abadi menanti di sana
Mari kita rapatkan ukhuwah
Kerana itulah tuntutan agama
Pasti kita akan bahagia
Hidup aman dan sejahtera




Dehearty - Permata Yang Dicari~ (^ ^,)


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu




Dehearty - Inspirasi Hati~ (^ ^,)



Album : Di Hati
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


[00:03.83]Kasih kaulah inspirasiku 

[00:24.11]Bila sendirian fikiranku buntu 
[00:31.22]Mengingati dirimu 
[00:37.93]Dikau tiada lagi di sisiku 
[00:44.88]Hatiku sayu bertambah pilu 

[00:52.27]Kasih kau inspirasiku 
[00:58.89]Kau mengajarku erti kehiduran ini 
[01:05.95]Takkan ku lupakan nasihatmu 
[01:12.94]Kerna ianya berguna untukku 

[01:19.85]Seringkali aku berdoa pada-Nya 
[01:26.48]Agar tabah menyusuri hidup ini 
[01:33.83]Ya Allah berilah ku kekuatan 
[01:40.33]Untuk tempuhi dugaan yang mencabar 

[01:47.83]Sekiranya ku mendapat pengganti 
[01:54.28]Ku harapkan insan sepertimu oh kasih 
[02:00.58]Banyak membantu dan mendorongku 
[02:08.43]Menjadi hamba yang taat kepada-Nya 

[02:16.72](instrumentalia) 

[02:33.58]Seringkali aku berdoa pada-Nya 
[02:39.87]Agar tabah menyusuri hidup ini 
[02:47.23]Ya Allah berilah ku kekuatan 
[02:53.84]Untuk tempuhi dugaan yang mencabar 

[03:01.29]Sekiranya ku mendapat pengganti 
[03:07.88]Ku harapkan insan sepertimu oh kasih 
[03:14.40]Banyak membantu dan mendorongku 
[03:21.84]Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho... 

[03:29.47]Sekiranya ku mendapat pengganti 
[03:36.24]Ku harapkan insan sepertimu oh kasih 
[03:42.12]Banyak membantu dan mendorongku 
[03:50.03]Menjadi hamba yang taat kepada-Nya 

[03:57.80]Walau dirimu tiada lagi 
[04:04.47]Tapi hatiku tetap kepadamu 
[04:11.44]Kenangan bersamamu subur mewangi 
[04:18.36]Takkan luput dari ingatanku 
[04:25.53]Takkan luput dari ingatanku? 


yup! itu sahajalah koleksi yang aku dah sharekan kt anda semua bg penggemar lagu kontemporari De Hearty....memang pasni ada lagi nasyid2 kontemporari yang akan aku sharekn kt semua yer... ,just nie adalah lagu2 yg terbaik slalu aku layan...

neway,,,,thanks for reading...=)



Assalamualaikum &......... (-_-)zZzZzZzZzZzZzZzZ







Jumaat, Mei 06, 2011

New desease's cases! : Pengaruh Penyakit "CUBIC"...



Assalamualaikum..... uiii semua!!!! aku pun tak tahu nak ate ape la kan ngan symtom2 penyakit "Cubic" yang semakin menggila didalam kelas aku sekarang nie! ehmm yep! penyakit itu adalah "Penyakit Cubic" yang sudah menarik ramai kawan2 sekelas aku dok ketagih main permainan Cubic nie..?? bukan setakat time kelas dyorang hadap permainan tu,,tapi boleh dikatakan dok ketagih asyik menghadap main cubic je la kan.. elak member aku time mandi pown nak bawak masuk Cubic tu dalam biik air..?? lau sampai terjadi cmtu..??? hmm buang tebiaattt namenyer huhuu(-_-)

Istimewanya permainan Cubic nie,,lau tak lain & tak bukan memag untuk menguji sejauh mana tahap kecekapan kita punyer pickup dalam permainan.. Bagi aku tu adalah salah satu permainan yang paling terbaikkk & bermanfaat daripada dok asyik suka melepak ke,,merempit ke,,merompak ke,,atau ape2 jer yang lagsung tak mendatangkan faedah kan.. baru-baru ini telah ku saksikan sendiri dimana kawan2 aku dah jadi semacam follower lak kerana bila ada 1st yang mulakan try main cubic tu??,,terus sorang demi sorang masing2 belek2 Cubic tu..ade yang sampai bergaduh pun ade tunggu turn nak main Cubic tu hehehe..(amboi semacam gaya rep0rter lak ai aku nie hahaha:p )

Terus terang sampaikan aku sendiri pun dah sukakan permainan tu..?? macam2 step nak kena imagine time bermain degan Cubic tu...memang ternyata ada la jugak kawan2 aku terror wat cubic tu sampai sama warna semuanya! fuhh dahsyat.... kes budak2 dalam kelas aku dok main cubic nie dh semacam tabiat dah,,dah kire mcm brhantu dah..try to try to try to try to learning the cubic until win..! TAPI nyer,,,yang aku kurang gemar tu,,takkanla dengan permainan yg berfaedah tu boleh lak tinggalkan solat fardu...,janganla mcmtu sahabatku..bukannya Cubic tu yang dapat tolong org yg tinggalkn solat rite..?? sebab dose phale dh tggung sndiri kn.. huu...emm tp aku sendiri pun  agak blur nak ingat step tu even aku semacam dah jadi "follower" la plak..?? hmmm apee punnn tak bolehhhhh hahahaha...(^ ^,)

let's watch!!!!!



Catatan rekod sebanyak 33.40 saat...tapi,,,lihat pulak yang kt bawah nie mcamana..??







ahhaaa! catatan rekod sebanyak 6.57 saat..ada bran??? hehehehe(^ ^,)






hmm amacam..?? anda berminat dengan game cubic nie..?? so jangan biarkan hidup anda...,,diselubungi................. CUBIC.


Selamat malam Malaysia.... dadaaa~........(-_-)zZzZzZzZz..

Rabu, Mei 04, 2011

Sahabat ,,kau seribu dalam list top freind aku..ehehe.. :)

Assalamualaikum w.b.t..! salam ceria buat sahabat handai mandai semuanya kan..?? ahaha,,moga selalu dibawah naungan & keberkatan DIA hendakNya InsyaAllah.... :)

Untuk harini,,dalam konteks tajuk "Sahabat..,kau seribu dalam satu" tu pepatah yg aku dah modified kn cikit kepada "Sahabat,,kau seribu dalam list top freind aku",,ini sukacitanya aku ingin merakamkan jutaan setinggi segunung se ape entah lagi yang aku nak ucapkan..,especially t0 all my buddy's.. sahabat yang pernah menemani aku.,sahabat yang menyokong aku dari belakang..,sahabat yang sama-sama time susa & senang..still lagi same2 contact biarpun tak selalu..,bak kata pepatah biar jauh dimata,,sahabat dekat dihaty...cewahhhhhhhhhh!  (~ ~,)

Okeyla lau nak dibandingkan time zaman sekolah rendah ke,,sekolah menengah ke,,aku tak punye sahabat mcm time naik peringkat tinggi habis sekolah dulu.. amat beza,,,jauh beza sangat.......sape berani angkat tangan sape je yang rapat & kawan ngan aku dulu selain 2 org sahabat nie yang mmg sama2 ngan aku dulu n temani aku dulu. Rasdan & Abd Munir namanya.. pernah la jugak aku dikondemkan,,dipersendakan,,mmg sumenyer apee punn takk boley kann...,tp pepun zaman sekola dulu dah berlalu lama dah,,tinggal aku dapat kongsikan yang manis2 je bila aku sambung belajar diperantauan kan.,ahhaaa j0m layannn~ ~ ~ ~................................................................................................................................................................

 hah dengarkan ini nama-nama baik-baik..???  HAZBULLAH(abul),  MOHD ARSHAD NORDIN(acad), MOHD FARID BASRI(ustad), MOHD HAFIZ(apis), ZULFAKAR(bulat), AMER ABD RAHIM(amir), SHAH IZWAN(sarjen), maka ini sahajalah senarai-senarai nama yang top dlm freind list aku..so congrates yang tak terhingga ku ucapkan pada mereka ya hehehehe.. (^ ^,)



                           Student kuliyyah at (iLJTM)Industrial Training Institute,Selandar,Melaka'O8.



                      student eng. Adtec Shah Alam   V.S    bakal lect. V.t.o, Ciast Shah Alam(^ ^,)
                                              jalan2 satu hari bersama di i-City Shah Alam...

keluar jalan2 bersama dengan sarjen dimana kami baru je bertemu pada hari Sabtu kelmarin,30 April    2011..mmg dari sejak raye ta0n lepas,,baru2 nie je dpt jumpe...syukur Alhamdulillah(^ ^,)


~Itulah beberapa koleksi kenangan bergambar bersama sahabat2 seperjuangan yang sama-ngan aku dulu sampai lah laa nie..... bukannya ape,,hargailah sahabat yang kita ada seadanya.....,,andainya mereka didalam kepercayaan kita,,sampai bila-bilalah sahabat akan kekal bersama-sama dalam hidup kita,,melainkan.....................,,hingga bercerai jasad & nyawa......

Salam persahabatan yang sudi mengenali diri ini..., sekian saja coretan tuk di ceciter pada hari ini... sok nak bangun pagi,,nak p kuliyah... uwargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ bagai mengantuk disorongkan bantal....hehehe..
Selamat malam sahabat.., Assalamualaikum.... (-_-)zZzZzZzZzZzZzZzZz...............


Isnin, Mei 02, 2011

02 May 2011

Halo Halo Halo Malaysia........................................(^ ^,)
Awat lamanye aku nak update blog niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! hehehehe...
Buat pertama kalinya dalam tahun baru 2011 nie aku menyempatkan diri untuk update blog nie,,maybe pas nie aku akan try 'istiqamah' tuk sntiasa update paling malaz pun skali dalam seminggu yep! hahahaha... :')
...............Insya'ALLAH................


Assalamualaikum sahabat-sahabat..?????? Ang nga watpa..??? huhuhu..
okey ..,untuk diari hidup aku kali ini. banyak hari yang aku dah lalui sepanjang 4 bulan dari awal tahun 2011 nie..  Assignment..?? Sukan..?? TEST..?? EXAM..?? segalanya..??? 
APEEEE PUNNNN TAKK BOLEEHHHHH....!!!! hahahaha :P


nak diringkaskan ini celita..,,mungkin wa just tunjukkan ape yg wa nak sharekn kt lu owang semua just sedikit jer sebab sok hari,, 03 MEI 2011 , Selasa , bersamaan 28 Jamadil Awwal 1432 Hijriyyah kan(amboii),,wa ada dua test nak kena hadap...?? oH layannnnnn....huhuhu..
 tettttttttt!!!!!!!

Selama wa tak balik kg selama 3 hari nie,,termasuk cuti hari pekerja lak tu..?? sedih2 huu:( ,,wa ade la jugak settlekan salah satu drawing nie kan,, nak kata ia adalah satu fixture pun sebenarnye aku sendiri dah memikirkan ngan cara & idea aku sendiri disokong oleh lect tentang inovasi & rekaan jig sedia ada tetapi MALANGNYA aku dah wat yang agak trlebih moden punyer kowt..?? hehehehe pasannyer aku:P
saja ja nak kongsikan kat sahabat-sahabat semua tentang idea & rekaan daripada aku yang tak seberapa nie... sebenarnya ini adalah salah satu projek assignment aku berkenaan "Multi - Gauging" dalam modul Advanced Calibration...(^ ^,)

in 2D Wireframe, isometric view.. :)





in 3D solid,  isometric view... :)


Sudah selesai akhirnya sebuah set lengkap alat Multi - Gauging... (^ ^,) 

em nie adalah hasil rekaan Multi Gauging Project tp nmpak agak fixture la nampak gayanye kan? sesuka aty ak je tapi takpelah lect kate ON?? aku pun ON laaa ahaha..!


That's all for today yep,,maybe coretan yang agak "MALASSS" untuk update yang pertama di blog ku ini hehehe..... bagi semua yang sedang menuntut,,rerajin belajaq naa!! bagi yang menghadapi exam ka test ka ape2 ka aku wish gud luck f0r all! 

lepas belek2 note tuk malam nie,,,,, s0................................

gud nite Malaysia :)

Assalamua'laikum.....


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -z Z z Z z Z z Z z Z z Z z Z z Zz Z z Z z( -_-)