CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, Jun 06, 2013

Sinopsis ISRAK & MI'RAJ



Kejadian Luar Biasa Ketika Mengalami Israk & Mi'raj yang Tidak Pernah Terjadi Pada Manusia Lain Selain Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W .

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.......

Alhamdulillah... bersua-sue kemoning kita setelah lama sy 'menghilang' sejak 2011 & 2012 atas sebab keadaan & keTIDAKboleh izinan sy dlm mengUPDATEkan bolg yg lama sy tinggalkn ini sekian lamanya.. tapi tu tak menjadi masalah... InsyaAllah., prtengahan 2013 & seterusnya dngan izin Allah hendakNya :)

Okey baik.. dalam pengisian ilmuan yang di'UPDATE' kan kali ini adalah mengenai Peristiwa Bersejarah yg telah dilalui oleh Rasul Terakhir & Nabi Junjungan Besar Kita, Nabi Muhammad S.A.W .. ingin sy kongsikan bersama Sinopsis mengenai Isra' & Mi'raj yg antaranya point-point yg perlu kita ketahui daripada  antara peristiwa bersejarah yg paling terhebat yg berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.. :)




AYAT TENTANG ISRAK DALAM AL-QURAN...



Ertinya:
" Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. :Maha Suci Zat yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat "     - (Al -Israk :1)


Ayat-Ayat Mikraj Dalam Al-Quran..



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Demi bintang semasa ia menjunam, 
A002
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
A003
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
A004
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
A005
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
A006
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, 
A007
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
A008
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
A009
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi,
A010
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
A011
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

A012
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
A013
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
A014
Di sisi "Sidratul-Muntaha";
A015
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
A016
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
A017
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
A018
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.



Definisi Israk & Mi'raj :

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.







       Untuk tatapan pembaca,Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin berkongsi kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. 

Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. 

Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia. 

Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. 

Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. 

Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan. 

Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam.

Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani). 

Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju).

Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad) 

Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah. 

Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. 

Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. 

Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia) 

Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah: 


• Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
- Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
• Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti. 
- Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
• Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
- Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
• Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
- Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
• Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan 
- Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
• Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
- Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
• Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. 
- Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
• Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. 
- Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
• Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
- Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
• Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti 
- Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
• Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti 
- Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
• Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti 
- Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
• Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu 
- Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
• Nabi tercium bau yang amat harum
- Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
• Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang
- Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
• Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
- Gambaran orang yang makan riba'
• Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
- Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu. 
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia. 
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad. 

Langit pertama - Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia. 

Langit kedua - Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.

Langit ketiga - Berjumpa dengan Nabi Yusof

Langit keempat - Berjumpa dengan Nabi Idris

Langit kelima - Berjumpa dengan Nabi Harun

Langit keenam - Berjumpa dengan Nabi Musa

Langit ketujuh - Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Langit Kelapan -Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. 

Langit Kesembilan - Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 

Langit Kesepuluh - Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: 

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. 

Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. 

Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. 

Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. 

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 

Selepas Mikraj 

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.




... batu tergantung ini adalah PALSU.. 
jadi..., jangan MUDAH TERPEDAYA....

Bandingkan dengan Batu terapung yang ASLI seperti gambar dibawah...


Inilah dia batu terapung dalam peristiwa Isra' & Mi'raj..
Subhanallah walhamdulillah walaa ilahaillallahuwallahuakbar !


hmm bagaimana pula dengan Masjid Al-Aqsa yang ASLI...?


Inilah Masjidil Al-Aqsa yg ASLI.., sebenarnya, kita telah dikelirukan oleh Yahudi bahawa Masjid Al-Aqsa yang selalu dilihatkan oleh kita umat Islam adalah seperti gambar dibawah...





inilah KUIL bagi YAHUDI..,BUKAN GAMBAR ASLI MASJIDIL AL-AQSA yg kita sendiri telah dikelirukan oleh mereka.. betapa licik & penipunya mereka untuk memperdayakan Umat Islam Sedunia.. Nauzubillah..




* sebenarnya.,banyak lagi info yang kita perlu tahu dengan lebih mendalam mengenai Israk & Mi'raj ni.,sekadar mengungkap kembali peristiwa Israk & Mik'raj ini untuk dikongsi bersama buat diriku sendiri juga tatapan pembaca Muslimin Muslimat..

*Akhir kata., ingin saya luahkan persoalan buat diriku & anda semua.., berapa ramaikah diantara kita yang sensitiviti dengan kisah-kisah Sejarah Islam terutamanya peristiwa Isra' & Mi'raj ini..? ? ?

# Barakallahu fikum-_-.. 









Rabu, Ogos 17, 2011

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran Buat Semua Umat Muslimin & Muslimat..1432 Hijriyyah(^ ^,)

...yep! Assalamualaikum...Salam Ramadhan Kareem buat u all umat Muhammad S.A.W ,Muslimin Muslimat seluruh dunia....(^  ^,)


Alhamdulillah bersyukur pd Allah atas ksempatan kita dapat sama2 menyambut Hari Nuzul Al-Quran didalam bula Ramadhan yang penuh mulia ini...


Alhamdulillah group dalam tadarus kami dapat menyelesaikan pembacaan Al-Quran secara bertadarus & begitu juga dengan group2 lain sehingga 30Juzuk kesemuanya...dapat merasa la bubur lambuk la time berbuka pas ni?? hehehehe...(^ ^,)






NUZUL QURAN DAN LAILATUL QADAR...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).




p/s : bacalah Al-Quran ketika anda lapang...,baca dengan tertib juga tajwid yang betul....moga kita mendapat syafaat Nur Al-Quran buat kita nanti....Ameen..,Insya'Allah:)

Salam Nuzul Al-Quran ..,1432 Hijriyyah buat semua Umat Muslimin Muslimat Sedunia( ^  ^,)



Ahad, Ogos 14, 2011

after you try..,you must believe!!! (^ ^,)

...Salam Ramadhan Kareem buat semua yep! hehe...hah jangan memandai2 cuba nak masak megi time dalam berpuasa nie eh?? tahulaa megi tu boleh menyegerakan hidangan dalam masa 2 minit saje! hahaha..so tahankanlah nafsu sampai berbuka nanti yep! hehehe...

   okey..,anda semua prcaya ka dengan "kuasa magik"..?? hohoho saya bukannya nak mengajarkan kepada anda tentang benda2 karut tu..,Nauzubillah! hmm.. tapi kali ini nak membawa anda untuk berimaginasi bayangan yang nyata,maksudnya realiti lah kn.....

      Mari kita tenung titik yang berada ditengah2 huruf selama 10saat...,kemudian alihkan pandangan anda keatas ...tunggu dalam beberapa saat,kemudian beritahu sye apakah yang anda sedang/telah lihat..??



emmmmmmmmmmm dah cuba..?? hebatkan kekuasaan Allah?? Subhanallah....!! (^ ^,)

p/s: janganlah kita percaya kepada benda2 yang thyul sperti "magik" atau silap mata kerana itu semua adalah tipu daya permainan syaitan.. so kita sebagai umat Islam WAJIB berpegang teguhlah pada kalimah "Lai'lahaillallahumuhammadurrasululah..."  ..,"Tiada Tuhan Melainkan Allah.,& Nabi Muhammad itu Adalah Pesuruh Allah......"


Sekian untuk update sye pada hari ini..,sok lain cerita pulak ye..?? hehe.. Assalamua'laikum...( ^ ^,) 






Sabtu, Ogos 13, 2011

..luahan hati dari seorang lelaki Muslim....MENGAPA wahai kaum WANITA.......

    Assalamualaikum & salam Ramadhan kareem buat semua pembaca...... apa ye agaknya "kes" yang sye ingin kongsikan diruangan blog sye tuk mlm ni..? hmmmm sebenarnya dah lama dah nak luahkan..,tapi mungkin malam ini adalah kesempatannya.....,Alhamdulillah.. (^ ^,)

        Lihatlah apa yg berlaku disekeliling kita sbnarnya..,lebih2 lagi kes ni merujuk kpd prempuan.... sye nak minta maaf sangat2 kpd semua kaum hawa bagi pihak diri sye dari hujung rambut sampailah hjung kaki..,mohon minta pemikiran yang positif agar sama-sama kita menyaksikan apa yang kurang.,apa yang silapnya diri kita sehingga menyedari MENGAPA wanita yang menjadi "mangsa" dalam luahan hati sye ini...
 (-_-)



M E N G A P A......
->> mengapa sesetengah wanita sekarang ramai sangat mudah sangat mempamirkan aurat mereka kpd yg lelaki yg bukan muhrimnya...?? mengapa mesti lucutkan tudung...................... mengapa mesti perlu menayangkan urat rambut kepada lelaki yg bukan muhrimnya......dimana-mana sahaja macam buat tak kisah saja....,sedangkan mereka itu sebenarnya sedang dicatit dosa besarnya.... sebagai seorang lelaki muslim..,sye sedih..... (-_-)

M E N G A P A........
->>mengapa sesetengah wanita sekarang ramai sangat bercampur2 dengan laki2 yang bukan muhrimnya hingga rela disentuh tubuh badannya oleh ramai laki2.. walaupun pada bulan Ramadhan skali pun masih lagi bergurau senda antara laki perempuan hingga bersentuh2..,pimpin tangan..,peluk-peluk dikhalayak ramai yg sedang berpuasa..,lagi2 yang jelas terang nyata lagi bersuluh kita boleh nampak terutamanya di bazar2 Ramadhan... semuanya itu boleh menimbulkan nafsu syahwat bagi lelaki yg melihatnya.... Astaghfirullaha'a'zim..... tolonglah hormati & jangan mencemarkan kemuliaan dibulan Ramadhan ini... tolonglah kaum hawa.....,sebagai seorang lelaki Muslim..., sye amat sedih...... (-_-)


M E N G A P A........
->>mengapa sesetengah wanita tak mahu mendengar nasihat tentang hal yang sepatutnya wanita ikuti... seperti disuruh menutup aurat.., TAK NAK. nak juga pakai yang ketat2. tak pakai tudung bila keluar dikhalayak ramai..

->>bila disuruh jangan pergauli bebas antara laki & prempuan..? TAK NAK. nak juga pergi keluar puaskan nafsu..,relakan si lelaki menciumi prempuan..berzina..bila dah mengandung anak luar nikah?? nak settlekan masalah,,gugurkan janin,,bayi yang tak berdosa. akhirnya buang bayi kat mana2 sesuka hati diorang nak buang. kenapa ramai sangat yang jadi macamni..... sye rse sedih sangat2... trasa memang dunia ni dah nak kiamat.....hmmmm (-_-)



lihatlah azab yag sedia menanti bagi wanita2 yang tak mahu megikut seperti apa yang telah diajarkan oleh Islam:


Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia:


>>Perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.

>>Perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.


>>Perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

>>Perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

>>Perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

>>Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubunubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

>>Perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak
zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).


>>Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai;
maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

>>Perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada
duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.


....itu belum lagi bagi wanita yang malas nak tunaikan solat fardhu apatah lagi yg sunat..? lain-lain kebaikan..??lebih banyak kemungkaran daripada kebaikan...Nau'zubillah..... sye sedar & mengakui bahawa tiada yg lebih Sempurna selain Allah,,Dia lah Tuhan yang Maha Menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian... segala yang buruk datangnya daripada sye..,juga kpd diri sy sendiri & mohon kpd pembaca,agar sama2 kita bermuhasabah diri sendiri...,kita cuba menjadikan diri kita melakukan kearah kebaikan..,moga mudah-mudahan kita akan beroleh anak yg soleh & solehah,dan juga mendapat kejayaan diDunia & diAkhirat Sana nanti............Ameen Ya Rabbal'alamin.... (^ ^,)



     Tiada yang lebih sempurna melainkan Dia..., Assalamualaikum semua...., selamat mlm Malaysia..(-_-)

Selasa, Ogos 09, 2011

AL-KISAH :   BILIK  TIDUR  KU . . . , , SYURGA KU . . . . (^ ^,)

Yaaaa Assalamua'laikum & Selamat malam wat sume ye....... s0 macamane ngan puasa & teraweh anda sume..?? jgn sampai t'mis tau!!! bdosa besar bg ssiapa yg mninggalkan fardu puasa tanpa ada sbarang sbab yg disyarakkan k....

     Okey malam ni sebenarnya saja nak tunjukkan kat kowang tentang bilik tidur yg slalu mnjadi tempat singgahsana & juga tempat beradu ku...hehehehehehehe..bukannya ape..,mungkin bilik@dorm sesetengah asrama di tempat pengajian anda juga berbeza atau sama keadaannya sama seperti sy jugak..?? let's check it oUt!!!!!!! ngeh3x..........................(-  ^,)

hehehe jgn terkejut r lau katil2 nie sye ubah posisi mcmnie....saje2 tukar angin...xtawla buruk ke tak hahaha..


...redup & sejuk jek lau langsir ditutup....dekorasi & suasana yg agak seram k0wt..?? hehehehehehehehe..=P

hmmm...tempat sye & r0omate menyettlekan segala assigment..,gamerZ ke,,dngaq lagu ke..,tenGoK movie ke.,& mcm2 lagi lah.. pendek kata tengok gaya dh mcm satu set kelengkapan multimedia...wahhhh!!!! he3=P


..NO COMMENT.....ahahahahahahahhahahahaha.... XD

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

...ahhhaaaaaa...,,yg dibawah ni pulak bukannya bilik tido sye,,tapi bilik tido rakan karib sye yg sedang menuntut di CIAST , Shah Alam... mungkin satu hari nanti InsyaAllah mana tahu ada rezeki sye nak sambung V.T.O di CIAST nanti???? bayangkanlah 1 bilik 1 orang je,,memang best la ido sesowg takdak sape yg kacauuuuuuu ahahahhahahha!!! XD

single bed......,& meja yang panjang tempat untuk duk fikir2 cari ilham .,santai la tuk study ses0rang kan...
like la sesangat!! (^ ^,)

..Ruangan untuk menatap wajah(bersolek2 ke ape ke), papan kenyataan untuk wat reminder ke, ..ape2 aje..

..tengok tu..?? dah rase mcm dalam bilik ala mewah dah..?? hmm layankan jer laa......ngeh3x....

    hmmmm okey rasenye itu sahajalah yg sye nak share kt kowang tentang rahsia "BILIK KU.., SYURGA KU" nie.....ape2 pun..,jagalah kebersihan diri,pakaian & tempat yg kita diami tu supaya selalu sentiasa kelihatan bersih,selamat & ................................................ hehehe..

   everyone....,,,, Assalamualaikum...., SELAMAT MALAM MALAYSIA(^ ^,)

Ahad, Ogos 07, 2011

FADHILAT BULAN RAMADHAN ; IBADAH PUASA & TERAWIH
(^ ^,)


....Assalamualaikum w.b.t........! Marhaban Ya Ramadhan Kareem........... Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas kedatangan bulan Ramadhan yg amat2 dinantikan dengan penuh keberkatan,,,bulan Ramadhan.,bulan Umat Muhammad S.A.W......:)


   ..Memang terasa sayunya la kan untuk hari prtama hingga 24hb Ogos bulan Ramadhan ini,sye tak dapat berbuka puasa bersama2 kluarga yg trsayang....,hanya dapat berbuka puasa bersama2 rakan2 dikampus..,tapi hati dan perasaan tu teringat2 kenangan yg mnis dikampung....tapi nak wat macamana,.sabar sajalah sementara dapat balik kekampung pd hari rya Aidilfitri tak lama lagi......:((


..Tapi tak mengapalah kan.....yg penting dalam bulan Ramadhan yg penuh Rahmat & keberkatan ini,,sama2 kita hayati & renung2knlah apa ganjaran yg akan diberi oleh Allah S.W.T kpd Hamba2nya yg taat mengerjakan kelima2 RukunNya..,& salah satunya..,BERPUASA DIBULAN RAMADHAN.,RUKUN ISLAM YG KE-TIGA(^ ^,)






A. Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


B. Ibadah Puasa

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."



PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


C. Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.









..Semoga dengan apa yg kita fahami & apa yg kita amalkan..,moga mudah-mudahan segala kbaikan yg kita lakukan sepanjang hidup kita terutamanya dibulan Ramdhan ini mendapat Rahmat,Keampunan & Keberkatan dariNya..,InsyaAllah kita akan ditempatkan dikalangan org2 yg Beriman,.& beramal Soleh...... Ameen.., Ya Rabbal'alamin.....................


   Assalamua'laikum..,& Selamat Malam Malaysia....... (^ ^,)