Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka
Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba
Lagu : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Lirik : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Sabtu, November 06, 2010
Kau Hadir-Dehearty
Salam sejahtera buat semua..Alhamdulillah akhirnya sy dpt jgk siapkn blog sndiri
nie even sy tahu rami b'trillion org dh wat blog sndri,,kini akhirnya dpt jgk ku ade sebuah
blog & InsyaAllah akn ada update dpd sy tntg pe jer yg sy akn share ngan kamu semua..
hmm klu kamu semua nk tahu?,lagu diatas yg sy share ngan kamu semua pastia ade yg prnh dngar ataupun x sngaje kot xpnah dngar(kuang3) adalah lgu yg pling 'TOP' dlm carta hitz
nasyid dlm hati sy ni,,bknnyer hitz fm ker ape ke tp ni mmg hati nurani nie sngat2 b'trima kasih atas khadiran lgu ni..Ade jgk kisah yg mngaitkn sy sbijik mcm dlm lrik srta lgu tu..'Di Kau Hadir' mndapat nama atau
trpilih ngan kuasa sy dlm tajuk t'surat blog sy,,'Dari Dia Dikau Hadir'..bknnyer nk soft copy ke ape tp
just ambil clue2 ayatnyer je..jgn marah haa~ hee..:)
'Dari Dia Dikau Hadir' ni banyak mksud & pengertiannye bg sy..juga mrangkumi sume plbgai aspek & sudut yg d'dapati dlm setiap insani mahupun setiap yg dihidupkan Dia dibumi Khalifah ini..Tapi sy tahu dh ape yg kamu sedang fikirkn kan..???he2..hmm ye sy tahu anda pun mmg btul,,sy xckp slh kn..??he2..Xsmestinya yg hadir dlm diri/hdup kite nie sperti kekasih hati ke ape yg b'kaitan kn,,emm misalnya mcm anugerah ataupun klebihan diri tu hadir dlm setiap insan yg trtentu bukankah semuanya dtgnya dari Dia,.?Allah Yg Maha Pemberi Nikmat rite,..? mcm ada yg d'anugerakn bakat seni yg menyerlah dlm seni suara ke,,seni penulisan * karya kaligrafi ke,,seni pembuatan ke..,seni silat gayong ke..,subjek pendidikan seni yg blajar kt sekolah ke(hehehe) dan mcm2 seni yg kite tahu dlm dunia nie sumenyer datang dari Dia...Tu sebab 'Dari Dia Dikau Hadir' tu sy berikan dlm tajuk tersurat blog sy..(cewah! haha) ehem sje2 gurau....so ape2 sje komen yg kamu nk lontarkan kt sy.,postkn aje...tq sudi mngunjungi coretan blog sy..:)
Kau Hadir
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Jumaat, November 05, 2010
Seni dalam diri
Assalamualaikum buat tatapan pembaca blog2 yg dikasihi Allah.. Ingin sy kongsikan sedikit sebanyak pengalaman diri melalui konteks 'Seni dalam diri' ni...Sebenarnya perkataan seni itu ada berbagai jenis.. Ada seperti seni suara.,seni sentuhan kaligrafi.,dan bermacam jenis seni. hmm nak dipendekkan citer,,Alhamdulillah sy bgitu interested dlm seni suara & persembahan.,seni pembuatan.,edit-mengedit.,itu sahaja...,tetapi sebenarnya sy yakin kwn2 pasti mmpunyai seni dan bakat terpendam masing2 kn ? hehe....sebab setiap yg diciptakan Dia pasti punyer rahsia & klebihan msing2 yup!..
Seni Suara: Definisi, Alat dan Sifat-sifatnya
Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat
komunikasi sesama manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi
yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga
mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang
lain mengikut kehendak yang tertentu.
Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Dalam hal ini, Islam menggalakkan
umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat
memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya.
Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout. Ini sejajar
dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi
dalam Sunannya, bab ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:
عَنْ اْلبَرَاءِ َقا َ ل: َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عََليْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الُْقرْآ َ ن ِبَأصْوَاتِ ُ كمْ
Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.
Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni
suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka
memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak
dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah
seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula
tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum).
Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia
boleh diproses, dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati. Contohnya,
suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan, pelbagai jenis
bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan (loghat).
Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai
paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila
disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung. Sila
rujuk Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Halkum, Mulut dan Hidung
Bil. Alat Catatan
1. HALKUM Iaitu alat salur suara
2. MULUT Iaitu corong bawah
3. HIDUNG Iaitu corong atas
Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada
empat kategori seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.2 berikut.
Jadual 2.2: Kategori Suara
Bil. Sifat Catatan
1. SUARA TERBAIK
Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi,
rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang,
lantang dan tajam.
2. SUARA BAIK
Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,
sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih,
terang dan lantang.
3. SUARA KURANGBAIK
Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada,
tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan
tajam.
4. SUARA TIDAKBAIK
Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah,
keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,
tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.
Adapun kategori pertama, kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara
yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran. Manakala,
kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk
bertarannum. Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini, ia akan
mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk
bertarannum
Langgan:
Catatan (Atom)