Jumaat, Disember 03, 2010
Pengalaman Sidratul Moontaha belajaw kelas memandu..Nasihat untuk semua lelaki yer ..:)
Salam ukhwah..,,Salam 1 Malaysia tak kire anda berada dimana jua yer huhuhu.. hmm..memandangkan sy bercuti dirumah sementara menunggu anggur yg masak lepas habis blajaw nie kan,,hehehe..,ibu sy mcm biasalah nak anaknya duk kt umah wat keja kalau keluar pun drive takder lesen plak tu yg wat dia risau tuu naa ibu suruh saya ambil lesen memandu kereta,,kang katanya kalau nak pergi mana2 bawak kereta kalau dah ade lesen mmg tak yah ape la nak dirisaukan dia...,,so aku pun ikut jer kata ibu kisahnya... -_- he3.
Sy pun belajaw memandu dibawah cikgu Jono(nama bet0i taw bukn olok2 he2) ..Dia amat kelakar orgnye,,mmg setiap kali sy belajar lesen ngan dia pasti sy akan tergelak ngan karenah dia tapi kerja dia tetap perfect & tegas dlm tugasnya..
Dipendekkan ini celita,,, sy disuruh oleh cikgu Jono untuk duduk disebelah seorang pelatih baru perempuan laa an tuk latihan memandu bergilir2..sy pun ikut je lah kata cikgu jono tu.. So sy pun duk diam kt sebelah dak pmpuan tu. Kbetulan,,,haaaa KEBETULAN yg sy ingin bgtahu disini adalah kereta yg kami bawak dlm latihan tu agak "tak besh " r kn time guna tu..handbrake keras,,stereng keras time nak membelok,,time bwk tu kekadang ada bunyi2 sumbang(Sub tayar ade problm cket)huu tu yg agak kurang selesa laa kn tp nak wat cmaner,,terima jerlah pemberian Institut memandu tu hahaha~..nada bersyukur dpd takda kereta lgsung kn Astagfirullahal'azim~ (-_-)
So disebabkan masalah handbrake tu,,time dak prempuan nk uji drive mendaki bukit,,mmg masalah la time nk lepaskan handbrake tu la kan,,jadi mengaum enjin bunyinya tak boleh nak gerak2 sebab handbrake susah nk lepaskan..so sy yg duk kt sbelah tu takkanlah takd ada rase simpati nak tolong kn dpd takkanlah duk diam je..Haaaaa~,,bila dlm keadaan cmnie,,apa yg sy nk ceritakan disini adalah situasi,,adab & tindakan. Sy pun carilah mana2 dlm kereta tu mana tahulah kan kot2 ada kain ke apa2 untuk tolong situasi dak perempuan tu..takkanlah sy nk pegang tangan dak tu kan bukan Muhrim!! nk tolong org tp hti kite kene setkn dlm hati & akal kita sesuatu yg beradab n baik. jadi,,lepas sy check dlm kereta tu takda lgsung sehelai kain tp dlm laci tu ada sehelai kertas besaw yg aak renyuk. kertas p0n kertas lah!! s0 sy ambil kertas tu lalu tolong r tunjukkan cara mcmana nak atasi handbrake bermasalah tu supaya dpt melepasi halangan ujian mendaki bukit tu dengan jayanya & krtas tu untu tujuan lapik dpd terkena kulit dak perempuan tu...Akhirnya setelah 2 ,3 kali sy bg tunjuk,,akhirnya dak pmpuan tu dpt atasi kawalan handbrake tu dengan jayanya Alhamdulillah..
Dan Alhamdulillah sy lega,gmbira n ikhlas dpt tlong dak tu ngan tak mencemari maruah nya,,sebab sy dh sedaya upaya ikhtiar & cri jln bagaimana sy dapat elakkan tangan dp menyentuh tangan wanita yg bukn Muhrim..
Jadi,,apa yg sy nak kongsikan & berpesan kpd semua sahabat2 yg membaca certita sy nie,,jgn kita sesekali menghalalkan yg haram..jangan kita menganggapmisalannya,,"em takpelah,,niat aku nak tolong dia lepaskan kawalan handbrake yg keras aja klu tersentuh pun tak kisahlah.." apa..??? "TER"sentuh..???? aih jgn anda guna alasan "TER" klu tanpa usaha ape semua nk elak dpd tersentuh yg bukan muhrim..?? nampak mcm masalah kecik,,tp dari segi agama hukumnya tetap dosa..xkisahlah klu nk ibaratkan..,""alah dosa kering aje..",, jgn anda pandang remeh hal ini..jgn ambil kesempatan atas peluang yg telah dibisikkan oleh org ketiga klu bukan Syaitan A'laihilaknatullah!. Jika anda ada dlm situasi mcm sy tu,,usahakanlah dngan ikhtiar anda sebaik yg mungkin. Bukannya sy nk tunjukkan yg sy naik baik sangat ke apa tp sekurang2nya kita sentiasa mengingati yg mana halal & mana yg haram. Jadi setelah kita atasi masalah itu,,sekurang2nya dak perempuan tu akn berasa selamat dengan kita & secara tak lgsung akan bg pengajaran yg baik dlm dirinya juga.
Pesan sy,,jangan meremehkan hal yg telah disyariatkan dlm Islam walaupun ianya cuma d'anggap masalah kecil oleh segelintir org. Yg Baik semuanya dtg dari Allah~,,yg buruk lg hina adalah dpd diri sy sendiri.. Smpai disini sajalah coretan sy untuk ruangan Social Corner,, Ma'asalamah~...
Rabu, November 17, 2010
~Hari Raya Eid - Adha ...(AidilAdha)~
Assalamua'laikum?? hah...pada hari Rabu,tarikh 17November2010 ini,,adalah hari Raya AidilAdha yg disambut oleh seluruh umat Islkam SeDunia...ingin sy kongsikan sedikit sebanyak tentang apa itu hari Raya Aidil Adha..
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Selasa, November 16, 2010
~Haruman Wangian Inspirasi Setiap Muslim dari MunifHijjaz Perfume~
~Assalamualaikum.....perhatian3.....sy ade j0b sedikit bagi sesiapa yg sukakan bisnes yang mungkin menarik perhatian sahabat2 sekalian.. sambil2 sy buat kerja2 seharian,,sy juga sedang mencari agen & pengedar MunifHijjaz Perfume...s0 pada yg berminat bolehlah inform sy diruangan chatting e-business ataupun nombor talian disebelah=>
Assalamualai'kum..?? he2..anda mungkin meminati haruman2 yg suci lagi wangi dengan memilih MunifHijjaz Perfume FOR HIM & FOR HER...klu FOR HIM nak try guna FOR HER boleh,,yg FOR HER nak guna FOR HIM punya pun boleh...kualitinya memang n0t bad sangat lebih hebat daripada 0ne Drop Perfume..Apa2 tempahan & pembelian boleh membelinya daripada sy ye! Selamat Mengguna! hehe...dibawah ini adalah pilihan untuk FOR HIM dan FOR HER ...
FOR HIM
M1-Inspired by Calvin Klien C.K One
M2-Inspired by CHANEL Allure Men
M3-Inspired by DUNHILL Desire Red
GioM4-Inspired by GIORGIO ARMANI Acqua di Gio
M5-Inspired by HUGO BOSS Energise
FOR HER
W1-Inspired by B.S Midnight Fantasy
W2-Inspired by BODY SHOP Apple Blossom
W3-Inspired by CALVIN KLEIN Euphora
W4 -Inspired by CHRISTIAN DIOR Midnight Moison
W6-Inspired by CHRISTIAN DIOR Jadore
W7-Inspired by ESTEE LAUDER Pleasure
W10 -Inspired by LANCOME Miracle
W11-Inspired by P.H Heires
W12-Inspired by RALPH LAUREN Romance
~sesiapa yang berminat untuk membeli pilihan perfume ini,,boleh hubungi sy ye...Tapi kalau sesiapa yang berdekatan dengan agen penjual Munif Hijaaz ditempat anda,,baik segera anda dengan tempat yg berdekatan anda sahaja,,ok..? TQ~ Ma'assalamah...
Khamis, November 11, 2010
Suka - suki reuni0n ex . 6 Tekun~
kah3....lupa lak kt mana reunion kitorang ni ek..?? hehe..em kitorang beraya kt umah bekas cikgu kitorg.., Cikgu Fadzlonnisa Sh.Said namenyer..(Cewah! contoh bekas murid yg baik ingat lg nama pnjg ckgunyer haha!) tp pepun thanks sangat3 kt cikgu atas jasa n segala jnis ilmu yg cikgu dh curahkn kt kami semua dahulu kala..(eh,,ayat klasik ea..em xpe3..X slalu nk b'sastera hehehe

hah! ni dia senarai nama geng kitorang dlm pict tu: mulai dari kiri lelaki yg nga berdiri tu smpai lah yg nga duduk yg lelaki b'bju T-shirt merah tu..
Mohd.Izzuddin Bin Abd.Radzak: bakal chef tukang masak yg akan menggantikan Chef Wan nanti.
Fyzri Nurhaqy Bin Mohd Hair : sy ske ngan rambutnyer yg lattest tu..dlu len sikalang len haha..
Muhammad Umar Bin Badruzzaman : dye sikalang dah jadi seolang yg pendiam..jd nurse dlm pakar sakit jiwa..
Muhammad Muntaha Bin Hamdan: ya iya laa yg itu lh sy orgnyer..orgnyer Xencem tp manis adaa haha!

Mohd Azrien bin Mohd Ali : dia sikalang study kt poly dlm kos kmputer,,so klu ade pape mslh lptop ke pc nk meletup ke ley jumpa ngan dia huu..
Muhammad Bin Sujangi : hmm ada 1 lg rhsia yg sy still lum bgtahu lg pasal dia..dia botak tp still lg smart mcm dulu laa hehehe~

Nursyafiqah binti Suelastro : sesapa pun jgn naik kereta ngan dia..sebab cara dia drive mcm bawak Ferrari!..
Puan / Cikgu Fadzlonnisa : yang tengah didukung tu sapa nama ye..? lupa lak tempoh hri nk tanya..La La La~
Nurul Ain binti Mohamed : erm nk komen apa la ek..?? haha entahlah n0 komen la plak kakaka
iNurfarahin Binti Aliyuddn : adalah org yg bakal menggantikan org yg b'Politik sikalang nie..(maaf yer urusan kerajaan).

Desni Muniarty binti.....(adess t'lupew lak nme ayah dia lak huu) : bakal nursing kt Hospital Pontian nanti...he3
Nur Ain binti Sukarno : erm same jgk sy dpt nk bg komen..mybe dia pemalu orgnya haha~.......
Nurul Sofia binti Mazlan : dia nie mmglh dilahirkn dlm keturunan melayu,,tp kamu sume tengoklh blog dia..bahasa London tu...Selamat menjadi bakal Teacher yer...:)
Mohd Norasyakirin Bin Bisni : haa yg nie adalah teruna berbaju merah dlm pict tu..sape2 yg nk rase laksa johor,,pergilah serang rumah dia..kompem kamu sume nk tambah 10kali.. fuh sedap giler taw!tahniah...

so,,,hope you all semua good luck laa ea dlm field masing2...moga kita akan sama2 b'jaya hdup d'dunia n di Akhirat jua.... see you all again soon ya! Sekian coretan untuk Relax Corner..edited by Sidratul Muntaha..Nov/11/2010.
Langgan:
Catatan (Atom)